BM Homilies          
Publish the Homily | Home
Records Viewed Per Page: 1
Total Records: 386

    Next Page

Homilies by Rev. Fr. Nicholas Ong
MINGGU PASKA (MISA PAGI)
20hb April 2014 (HTCC/HTCC)
Kisah 10:34. 37-43; Mazmur 117:1-2. 16-17. 22-23. R/ ayat. 24; Kolose 3:1-4
Yohanes 20:1-9

Tema: KEMATIAN DAN KEBANGKITAN YESUS KRISTUS DAN KEMATIAN DAN KEBANGKITAN KITA BERSAMA-NYA DALAM SAKRAMEN PEMBAPTISAN!

1. Selamat dan berkat Paska untuk kamu semua! Hari ini kita merayakan kematian dan kebangkitan Yesus Kristus; dan kematian dan kebangkitan kita bersama Dia dalam sakramen Pembaptisan!
Injil hari ini memberitahu kita bahawa Tuhan telah bangkit dari kematian! Injil memberitahu kita bahawa Maria Magdala telah pergi ke makam awal pagi dan melihat batu penutup makam sudah tiada. Dia berlari cepat-cepat kepada Petrus dan Yohanes dan memberitahu mereka bahawa Tuhan telah dibawa pergi dan bahawa dia tidak tahu ke mana Ianya telah dibawa.
Petrus dan Yohanes berlari ke makam. Yohanes sampai dahulu ke makam, tetapi dia tidak masuk ke dalam. Dia menjenguk dan melihat kain kafan di atas lantai. Petrus sampai kemudian ke makam dan terus masuk dan melihat kain kafan di atas lantai dan juga kain yang menutupi kepala Yesus tergulung dan terpisah dari kain kafan. Yohanes kemudian masuk ke dalam makam dan melihat dan percaya!
Kain kafan di atas lantai dan kain yang menutupi kepala Yesus memberitahu kita bahawa Tuhan tidak dicuri oleh para murid-Nya, tetapi Tuhan telah bangkit dari kematian; jika tidak mana mungkin kain kafan boleh terletak di atas lantai, tetapi akan diambil pergi, dan kain yang menutupi kepala Yesus tidak mungkin akan tergulung berasingan dengan sendirinya! Sesungguhnya Tuhan sudah bangkit dari mati!

2. Bacaan pertama memberitahu kita bahawa Petrus dan para rasul adalah saksi kepada kebangkitan Tuhan! Mereka minum dan makan bersama Dia dan telah menghabiskan empat puluh hari bersama Dia selepas kebangkitan-Nya!(Kis 10:41o; NJB)
Yang lebih penting, bacaan pertama memberitahu kita bahawa Petrus dan Para Rasul mewartakan kabar gembira kematian dan kebangkitan Tuhan dan bahawa sesiapa yang percaya kepada-Nya akan menerima pengampunan dosa atas nama-Nya dalam sakramen Pembaptisan! Itulah sebabnya mengapa dalam Kitab Suci, sejurus bacaan pertama, adalah “Pembaptisan pertama golongan tidak bersunat”!(Kis 10:44-48; NJB)

3. Bacaan kedua memberitahu kita tentang sakramen Pembaptisan! (Kol 2:12; NJB) Bacaan kedua memberitahu kita bahawa dalam Pembaptisan kita dibawa kembali kepada kehidupan bersama Yesus Kristus dan itulah sebabnya mengapa kita harus mencari perkara yang di syurga! Pemikiran kita harus dengan perkara surgawi dan bukan perkara duniawi sebab kita telah mati bersama Kristus dan kehidupan kita sekarang diselindungi bersama Kristus dalam Allah. Tetapi pada kedatangan kedua kalinya Yesus Kristus pada “parousia”; Yesus Kristus akan memperlihatkan dalam segala kemuliaan-Nya dan kita akan berkongsi dengan sepenuhnya kepada kemuliaan-Nya! (Kol 3:4b; NJB)

4. Mazmur antarbacaan adalah kesyukuran kerana penyelamatan dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus! Dengan itu kita menyahut tiga kali:
“Alleluia, alleluia, alleluia!” Alleluia bererti Puji Tuhan!
Mazmur antarbacaan mempunyai tiga rangkap. Rangkap pertama memberitahu kita untuk memuji dan bersyukur kepada Allah atas cinta kasih-Nya yang kekal! Rangkap kedua memberitahu kita bahawa Tuhan menyelamatkan kita dari maut! Rangkap ketiga memberitahu kita mengenai kematian dan kebangkitan Yesus Kristus! Justru itu kita baca dalam rangkap ketiga:
“Batu yang dibuang oleh para pembangun telah menjadi batu sendi.” (Mzm 117(118):22; Mat 21:42; Kis 4:11; CSB)
Dan semuanya adalah karya Allah! Dengan itu kita baca sekali lagi rangkap ketiga:
“Karya Tuhanlah itu, yang sangat mengagumkan kita.” (Mzm 117(118):23; SM)
Sebab itulah kita memberi pujian dan syukur kepada Allah dalam sahutan:
“Alleluia, alleluia, alleluia!”
Iaitu, “Puji Tuhan, Puji Tuhan, Puji Tuhan!”

5. Sekarang kita akan membaharui Pembaptisan kita! Kita akan membaharui Pembaptisan kita dengan cahaya Yesus Kristus! Cahaya Kebangkitan! Cahaya yang memusnahkan kegelapan dosa dan kematian! Cahaya yang telah memusnahkan Iblis, Setan!
Cahaya Kristus adalah cahaya iman yang bertentangan dengan ketidak kepercayaan iaitu kegelapan, cahaya Kristus adalah cahaya kehidupan yang bertentangan dengan kematian iaitu kegelapan, dan cahaya Kristus adalah kebaikan yang bertentangan kepada kejahatan iaitu kegelapan!
Yang lebih penting, tiga tema itu adalah berkaitan! Kerana dalam iman kita menerima hidup baru dan kekal dari Allah dan kehidupan dari Allah adalah baik, sebab hanya Allah adalah kebaikan!
Lebih penting, Cahaya akan mengatasi kegelapan, iman akan mengatasi ketidakpercayaan, kehidupan akan mengatasi kematian, dan kebaikan akan mengatasi kejahatan, sebab Yesus Kristus telah mengatasi Iblis! Yesus telah mengatasi Iblis!
Dan hidup baru yang Yesus beri kepada kita adalah lebih baik daripada hidup lama sebelum dosa! Justru itu kita madahkan dalam Proklamasi Paska:
“Memang dosa Adam diperlukan agar dapat dilebur dengan wafat Kristus. Sungguh menguntungkanlah dosa, kerna mendatangkan Penebus!”
Kita akan menyalakan lilin kita dari lilin Paska dan kita akan mengakui iman kita kepada Allah dengan menjawab “Saya mahu” kepada enam soalan! Tiga soalan pertama menolak setan dan segala kerja dan janji kosongnya; sebab Setan memberitahu kita supaya jangan percaya kepada Allah! Tiga soalan kedua mewartakan iman kita dalam Allah Bapa yang mencipta dunia, Allah Putra yang menyelamatkan dunia, dan Allah Roh Kudus yang meneruskan penyucian dunia!
Selepas itu kita akan merenjis air kudus, iaitu, air pembaptisan, air Roh Kudus! Dan kita akan mati dan bangkit bersama Yesus Kristus ke hidup baru Paska yang berkekalan! Selamat dan Berkat Paska untuk kamu semua! Amen!

Cadangan soalan-soalan untuk renungan individu dan perkongsian dalam keluarga, dalam kumpulan-kumpulan kecil dan komuniti-komuniti kecil:

1. Tiga perkara apakah yang cahaya dilambangkan dalam Perjanjian Baru?

2. Dosa apakah yang Setan coba mengodai kita? Apa itu Dosa Asal? Apa itu dosa tidak percaya? Apa dosa itu dalam Injil Yohanes?

3. Apakah yang dikatakan kepada kamu dalam dua petikan ini: “Memang dosa Adam diperlukan agar dapat dilebur dengan wafat Kristus. Sungguh menguntungkanlah dosa, kerana mendatangkan Penebus!”? (Madah Paska) dan “Di mana dosa bertambah banyak, di sana kasih karunia menjadi berlimpah-limpah.”? (Roma 5:20; CSB)

Fr. Nicholas Ong, Holy Trinity Catholic Church (HTCC), Tawau, Sabah, Malaysia,
17hb April 2014.

Laman web (Homili yang ditaip dan dalam bentuk audio): http://frnick.net
    Next Page